وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)”. [al-Qamar:17]

Kata-kata Aluan Pengasas

Al-Quran bukan sahaja sekadar dibaca, tetapi kita mendidik anak-anak untuk berakhlak dengan Al-Quran, berpegang dengan Al-Quran dan membawa Al-Quran ke mana saja yang dituju. Generasi ini perlu dilahirkan agar yang bertebaran di dunia ini adalah mereka yang bersama dengan Al-Quran sekaligus membimbing ummah ini berlandaskan pendidikan dari Al-Quran.

Yayasan An-Nabawi telah melahirkan ramai huffaz yang telah khatam hafalan 30 Juzu’ dari Maahad Tahfiz An-Nabawi dan telah membantu para huffaz ini melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dari institusi pendidikan tinggi tahfiz di Kolej Islam An Nabawi. Alhamdulillah, sehingga kini kami telah meluaskan cawangan kami di 4 negeri iaitu di Selangor, Kelantan, Langkawi dan Pahang. Insya-Allah kami akan menjayakan lebih ramai generasi huffaz yang akan menerajui setiap bidang di masa hadapan dengan Al-Quran.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani,
pengasas Yayasan An Nabawi

Ingin menyumbang?

Sumbangan anda amat diperlukan bagi meneruskan perjalanan Yayasan ini. Sumbangan kewangan boleh disalurkan kepada penama akaun :
YAYASAN AN NABAWI
12038010146587
8605040696
No 23-3, Jalan Pegaga B U12/B, Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul ehsan.
0149200024
yayasanannabawi.com
@yayasanannabawiHQ
salam@yayasanannabawi.com
Hakcipta Terpelihara 2022 Yayasan An Nabawi